Link to Website
Link to Website



 

 




Special Report




Link To Website
 
Link To Website

 

OPENING OF SMART TUNNEL

< Back

Perjalanan lebih lancar ke Pusat Bandar menggunakan Terowong Lalulintas SMART

Kuala Lumpur, 14 Mei: Terowong Lalulintas SMART dibuka hari ini kepada orang ramai di suatu majlis perasmian yang telah diadakan di Bangunan Penyeliaan Tol SMART di Jalan Sg Besi.

Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Azmi bin Khalid, Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar dan YB Dato’ Seri S Samy Vellu, Menteri Kerja Raya.

SMART menawarkan laluan alternatif yang lebih pantas untuk ke kawasan Segitiga Emas dengan adanya pembinaan laluan baru ke Jalan Sultan Ismail dan kepada pengguna dari arah selatan yang ingin memasuki dan keluar dari kawasan pusat perdagangan.

Terletak di pintu masuk arah selatan, SMART merupakan laluan alternatif bagi Jalan Sg Besi dengan adanya laluan masuk dan keluar di Jalan Davis dan Jalan Tun Razak (berdekatan Bulatan Kg Pandan) bagi mengatasi masalah kesesakan trafik dari arah selatan (Lebuhraya KL-Seremban) dan arah barat (Lebuhraya Persekutuan).

Bagi memastikan operasi trafik berjalan lancar, hanya laluan sehala dibenarkan di laluan dua dek SMART iaitu satu laluan menghala ke pusat bandar dan satu lagi laluan keluar.

Salah satu keunikan Terowong Lalulintas SMART ialah Pintu Kawalan Banjir Automatik di bahagian akhir terowong yang akan bertukar menjadi terowong air banjir untuk melencongkan air banjir dari kolam tadahan dan kawasan simpanan ke Sg Kerayong dan akan dilepaskan semula ke Sg Klang.

Ciri-ciri lain seperti laluan bersilang di antara dek bagi laluan kecemasan di setiap 250m,  pengaliran udara atau shaf perlepasan di setiap 1km, dan alat pengaliran udara agar udara yang terperangkap sentiasa diganti dan pemeliharaan kualiti udara membezakan SMART daripada lebuhraya-lebuhraya yang lain.

Bagi keselamatan terowong, rondaan 24 jam dan kamera litar tertutup (CCTV) akan dikawal dari Pusat Kawalan SMART. Kemudahan penting lain yang boleh didapati termasuk alatan mencegah kebakaran, alatan perubatan dan telefon kecemasan bagi tujuan kecemasan.

SMART dilengkapi dengan piawaian keselamatan yang terbaik bagi operasi terowong lalulintas yang terdapat di negara ini. Ciri-ciri operasi lain seperti kemudahan Touch’n Go, frekuensi radio dan telefon bimbit yang tidak terjejas ketika berada di dalam terowong memberikan kemudahan tambahan dan keselesaan kepada pengguna.

Projek SMART yang dimulakan pada awal 2003, merupakan sistem dwifungsi pertama direka untuk mengurangkan  air banjir yang berlebihan dan  juga sebagai terowong lalulintas yang terletak di bahagian tengah terowong.

Fasa terakhir bagi projek SMART ialah pembukaan rasmi terowong mengurus air banjir yang dijangka buka pada Jun 2007, di mana ia berfungsi sebagai saluran ‘bypass’ bagi air banjir di tempat pertembungan Sg Klang dan Sg Ampang ke kawasan simpanan di Taman Desa, sebelum dilepaskan ke Sg Kerayong.

SMART yang bernilai RM1.93 bilion adalah merupakan projek yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan diuruskan oleh syarikat usahasama di antara MMC Berhad dan Gamuda Berhad, iaitu Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd.

 


 







Website Update

1.
Project Progress for January 2007 updated. Click here>
2.
Project Progress for December 2006 updated. Click here>
3.
Project Progress for November 2006 updated. Click here>
4.
Project Progress for October 2006 updated. Click here>
5.
Project Progress for September 2006 updated. Click here>

 

Download Flash Player here:
Download Flash Player here.
 
To download Acrobat Reader, click on the link below:
Download PDF Reader here.

 

Minimum screen resolution: 800 x 600 pixel resolution | Internet Explorer 5+ | Flash Player 6 (Download Version)
Copyright SMART. All Rights Reserved. Powered by threesixty technologies.